Friday, December 23, 2011

Tribute to my dear friends and brothers

From the desk of klauzJR,


So, since sahabat baik saya Hfzrhmn telah membuat satu nukilan untuk budak batch. Here goes.


Pada satu hari yang tenang, subuh menjelang. Masih sunyi sepi blok BLUE dan BLACK yang didiami oleh pelajar tingkatan 5. Kedengaran suara Cikgu Rafaie mengejut Dorm 3 Blue. ''Bangunlah wahai orang Islam, anda sudah leka...'' dan pelbagai ayat telah digunakan beliau. Rotan tidak lekang drp mengenai tubuh saya yang tebal ini. Saya pun bangun dan melihat kiri dan kanan. ''Hafiz Rahman x bangun lagi''kataku. Ku jenguk ke pathway berkarpet. YA betul tekaan aku. Semua masih dibuai mimpi. Aku pun bangun membuka laci dan mengambil sebatang ____ dan menuju ke tandas. Terkejutnya aku melihat Hafidz, Zhonk dan Ayie sedang bersama berbual. ''Dah lama bangun bang?'' tanyaku Mereka mengangguk sahaja. Selepas selesai, aku terus ke bilik mandi dan melihat warga Virilion sudah bangun. Megat Syafiq, Khairuddin, Zulhilmi Rosli, Aiman Syahir, Faizzuddin, Nazmi, Nado, Izhar Ishak memenuhi ruang mandi. 


Sekolah pun mula seperti biasa. MEJA BERLAPAN yang didiami oleh K Aiman, Aiman Zaki,Aiman Razak,  Zakiy Zalpi, Hafidz Shafiee, Izzul Hafiz, Amin Roslan dan Hafiz Roslan mula membuat musik yang indah ditelinga cikgu cikgu. Rehat pun tiba, Aku pun mengorak langkah bersama Setiausaha aku, Najmi Haris dan beberapa kerabatku ke kantin yang terletak tidak jauh dari 5P. Tiba dikantin, queue yang panjang sudah mula terbentuk. Aiman Imran, Aiman Azman, Aizat Rozali sedang berbual. Wan Nasrul, Fariezuan, Izzat Na'im sedang menjamah makanan. Setelah puas menjamah, aku pun mengorak langkah pulang ke dorm utk ''recharge''. Memang sudah diduga, Izwan Manshawi, Azim Yusoff, Syed Ameerullah sedang enjoy bersama Zahid Yusoff. Aku dan SU segera dan pulang ke kelas. Kelas tamat. 


Pulang ke dorm setelah makan di dining hall. Aku terus ke MEJA MESYUARAT. Ahli meja ini terdiri daripada: K Aiman, Khairuddin Khalil, Hazmi Kamaruzzaman, Azim Yusof, Zahid Yusoff, Najmi Haris, Aiman Aziz, HfzRhmn, MgtAzim dan Fivers BLUE yang setia, Luqman Borhan, Aiman Azman, Izzat Na'im, Faizul Razzi, Ayie Mazlan dan Hafidz Shafiee dan Ziyad Zaini . 


Petang pun menjelma, aku menyarung boot aku nak turun ke padang untuk bermain. Kelibat Hafiz Roslan, Megat Syafiq, Ayie Mazlan, Faizul Razzi, Mawi Jauzi, Aiman Syahir, Hafidz Shafiee, Fariezuan Hamid dan ramai lagi sehingga tak muat column ini :D


Malam menjelma, rutin harian untuk meeting dibawah tangga dilaksanakan dengan sempurna :D Gelak tawa dan Jeritan sering terngia ngia. Irfan Harith melawat dorm aku bersama Adam Ramlan, Aiman Zaki dan Izzul Hafiz. Dah kalau dah lawat mesti ade smoke session :D Tepat jam 1130 malam Zahid Yusoff lelapkan mata, Izhar pun sama, Qusyairi hilang ke surau, Ameen tiba entah dari mana. Amizal Mansor dan Fadzli Rosli tidak pernah melawat dengan ikhlas, mesti ingin mengepau aku :P


Kini, rutin itu hanya menjadi memori dan kenangan yang akan dikenang sampai akhir hayat. Virilion 51 telah mengajar satu benda yang penting dalam hidup. UNITY dan BROTHERHOOD. Yeap, kedua dua benda ini sangat penting dalam hidup :D Good luck brothers in PLKN and in your life :)


An inspiration given by HfzRhmn and NjmHrs

1 comment: